Sunday, January 29, 2012

judgy hypocrites

aku nyirap betol dgn org yg post status2 or ape2 laa on facebook yang BAJET BAIK
status2 umpama Islamic/keagamaan tp ayat yg digunakan dgn menyindir kaw kaw

ye, aku tahu. kita sesama Islam hendaklah saling mengingati antara satu sama lain
tapi, perlulah kite berdakwah secara berhikmah
bukan berdakwah dengan memburukkan satu-satu pihak itu di samping mengangkatkan darjat kita sendiri di khalayak ramai

adakah kau bagus sangat sampai kau ada hak untuk menjatuhkan air muka org lain?
bagus  sangat  sampai kau membenci satu-satu org itu dan mengaibkan beliau tanpa usul periksa terlebih dahulu?
bagus  sangat  sampai kau sendiri tidak sedar yang perbuatan itu juga adalah memfitnah dan fitnah itu adalah seburuk-buruk perbuatan?

Jawapannya, tidak.

Sebab aku kenal kau.
dan aku tahu ape yang kau telah lakukan
dan kau tidaklah sesempurna manusia yang kau hebohkan.

mungkin kau dah berubah
mungkin kau berniat baik
tetapi cara kau perlu diperbaiki

hanya diri kau sendiri dan Tuhan sahajalah yang tahu isi hati kau

tetapi dunia ini bukanlah kau seorang yang diami
dan kata-kata dan perbuatan kau bakal memberi impak terhadap orang lain
dan jasa-jasa mu di dunia, baik mahupun buruk, juga akan dicatit dan dihitung dan ditimbang

maka janganlah engkau beranggapan bahawa kau seorang je lah yang betol, yang alim, yang beragama
selagi ilmu tak cukup di dada, dan perangai tak serupa manusia

4 comments:

Annis Natalia Abdul Hamed Shah said...

bang. sabar bang. sabar. abang jgn marah2 sgt bang. cuba cecite sket. hhehehehe

maliQ said...

hahaha. ye dik. abang cuba utk jurang emo. hahahahaha XD

Basirah Borhanuddin. said...

jurang emo ye bang?

maliQ said...

chop. jurang tu ape? haahahah